Cara jailbreak untethered iOS 6.0, 6.0.1, 6.0.2, 6.1 menggunakan Evasi0n.
Evasi0n sudah dilepaskan kepada umum awal pagi tadi. Tools terbaru ini sangat mudah digunakan, sama seperti tools yang lepas, Absinthe. Hanya beberapa langkah mudah, anda akan mendapat untethered jailbreak iOS 6 pada peranti iPhone, iPad dan juga iPod serta beberapa peranti yang disokong oleh evasi0n ini.
Mari mulakan proses jailbreak.
- Sebelum memulakan proses jailbreak, sila simpan SHSH blobs menggunakan TinyUmbrella versi 6.00.00. Caranya anda boleh rujuk kepada encik google
- Selepas itu, backup peranti anda menggunakan iTunes atau iCloud. Caranya mudah, sambungkan peranti anda kepada pc/mac dan biarkan sahaja sehinggan proses backup selesai.
- Kalau anda menggunakan passcode pada peranti, sila matikan fungsi tersebut sebelum memulakan proses jailbreak. Caranya sila ke Setting>General>Passcode Lock.
Sekarang muat turun evasi0n ke pc anda. Ini link dia : Download evasi0n
- Run Evasi0n pada pc ( run as administrator ) atau mac.
- Sambungkan peranti anda kepada pc/mac dan klik pada jailbreak button. Masa ini peranti anda akan di reboot, paparan proses akan kelihatan. Jadi biarkan sahaja sehingga step seterusnya.
- Selepas beberapa minit, akan timbul ikon jailbreak pada peranti anda, dan tekan icon itu.
- Jika proses berjaya, anda akan dimaklumkan pada tools evasi0n. Ikon cydia juga akan kelihatan pada peranti anda. Tekan ikon cydia tersebut untuk melengkapkan proses jailbreak. BUMP! anda sudah memiliki sebuah peranti iOS 6 dengan untethered jailbreak.
Lepas ni mesti ramai pengguna akan mencari tweak terbaik untuk iOS 6 ini.
Latest Comments


iOS 6 ini mesti ada mencri-cari jika sudha minat harus dapatkan segera
harap bertahan selama seminggu hehe
fuh! ambe tinggal berani tak berani jer nak buat jalibreak ni…erm..
thanks bro kongsikan tips ni…mmg tgh fikir nak jailbreak ipad ambe yg masih suci ni..hehehee
hafizmd recently posted…Kerana U dan A…
takpe tak ada masalah, ape2 hal kene backup dulu barang tu, nnt kalau problem, boleh restore balik kepada asal. memang tiada risiko ape untuk jailbreak ni, tapi kene tengok cara dia betul2 la
salam.. nak tanya ni. saya ni memang x penah pakai iphone.. tapi baru2 ni beli iphone 5.. so ip 5 saya ni guna ios 6 la kan.. jadi adakah saya tetap perlu download and save shsh blobs tu? kalau xde xpe ke?
kalau berkenaan dengan blobs, ia akan di save secara automatik pada cydia punya server, selepas awak jailbreak. Tapi kalau awak nak save sendiri blobs tu kat pc, awak boleh guna tiny umbrella.
SHSH blobs ni digunakan untuk masa akan datang, kalau kita nak downgrade balik kita punya ios version. Sebab bila apple keluarkan update terbaru pada versi ios, kita tidak boleh lagi untuk downgrade kepada ios yang lama kerana apple dah tak ‘sign’ ios yang lama, jadi untuk membolehkan kita downgrade ios ker version yang lepas, kita perlukan blobs. peringatan, kita tak boleh guna blobs orang lain, kita kene guna yang milik peranti kita sahaja.
Untuk downgrade, selalunya kita akan guna tinyumbrella ataupun iFaith. pilih mana yang awak suka
Salam,mahu tnya selepas jb apa per buat?sudah tambah source pd cydia then sy xtwu nk buat apa?boleh bg contoh n cara x mcm mna nk pkai app kat cydia….?
cydia ni dia ada banyak tweak dan apps dia.
contoh tweak yang saya guna selalu adalah sbsetting. Sbsetting ni akan meletakkan shortcut seperti wifi, bluetooth, data, 3G, location pada notification centre, jadi awak tak perlu lagi untuk masuk ke setting untuk enable atau disable fungsi2 diatas, ianya lebih mudah.
lagi contoh, mesej delivery, perasan tak kat ios tak ada mesej delivery, tapi kat cydia ada tweak yang membuatkan kita tahu bahawa penerima sudah menerima mesej yang kita hantar kepada dia.
untuk interface pulak, ade dreamboard atau winterboard. awak boleh tukar theme mengikut citarasa awak.
macam2 tweak ada di cydia, cuma nak pilih yang terbaik je.
kalau nak tengok tweak yang mesti ada pada iphone sila ke sini : 13 tweaks must have
As salam. boleh saya dapatkan emel untuk tanyakan kemusykilan saya
admin@nazray.com